adik si manis.
Monday, November 17, 2008
di cerpen kan oleh .LITTLE MISS ASYIKIN. pade 11/17/2008 10:48:00 PM 0 kuman sedang merebak
freedom
Sunday, November 16, 2008
teman-teman.
aku da habis exam. habis ke-enam enam paper semester ni. DONE. harap result baik-baik je la.
paper kesusasteraan melayu tadi, alhamdullillah boleh jawab, walaupun study last minute, tidur lepas subuh, aku dapat jawab dengan agak kemas. sekian..
cerita menarik di sebalik exam, ada cik/puan/kakak yang sangat seronok menjadikan kita orang macam-macam kanak-kanak dalam bas sekolah.
eh kau orang bengang tak tadi? ishh.
anyway, aku akan pulang ke Taiping dalam 2,3 hari lagi kerana sengaja nak spend masa dengan kawan-kawan. eh yeke?
tak lah, aku malas nak kemas barang, bagasi-bagasi, kemas bilik, aku nak rehat sehari dua. boleh kan mak? ayah?
alhamdullillah, kenduri kakcik dah selesai. macam biasa lah, rumah dah siap, pahat masih berbunyi. abaikan. kita tak boleh nak sedapkan hati semua pihak.
aku tak sabar-sabar nak kerja tolong mak dan ayah. mak, lagi setahun setengah je lagi, sabar tau? ;(
anwar adik lelaki aku bertolak ke Johor Bahru malam ni. dia dah start kerja dekat Johor dengan abang ipar, alhamdullilah. jaga diri bebaik war. ami sayang hang.
kepada kawan kawan yang tak habis paper lagi, dehh.. nak buat macam mana. relaks ok?
kepada kawan-kawan yang ada foundation, adehh.. nak buat macam mana. redha ok?
much love,
di cerpen kan oleh .LITTLE MISS ASYIKIN. pade 11/16/2008 08:25:00 PM 0 kuman sedang merebak
cobalah coba
Saturday, November 15, 2008
kejadian malam tadi. yasha telah di tahan oleh unit keselamatan UUM ( UK ) di pintu utama UUM. kitaorang pergi library sekali lagi.. SWEETS.
sambil mengarahkan isyarat tangan ke kanan-ke kanan..
kitorang pun berhenti.
" uih, johnya beghenti." kata si pakcik 1
" hee." aku senyum.
di sebabkan aku penunggang yang cute, sudah pasti abang UK yang muda dan comel yang berkeinginan untuk memeriksa lesen aku dan sticker dan etc. ( jangan pura-pura nak muntah ) aku hilang tumpuan terhadap abang UK comel tersebut kerana asyik perhatikan yasha di hadapan. aku mulai resah gelisah. aku pun tak tahu la kenapa kawan-kawan aku tak memilik keberanian menunggang motor dan lebih tepat tak tahu memandu walaupun basikal seperti fifie. aku benci memikirkan seorang gadis yang berperwatakan sedikit lelaki dan muka penuh kebengisan, tapi gagal memandu. macam mana nak jadi samseng jalan raya? malam tadi, aku yakinkan yasha yang dia mampu, walaupun aku terpaksa menjadi marshall di hadapan dan di belakang memberi arahan, seperti;
" sha.. kiri sikit!!"
" sha, brekk, turun bukitt pas ni"
" sha jangan tengah sangat!!"
pembonceng a.ka. fifie.
" kin.. aku risau, aku ngeri." kepala hautak die kan?? tahniah yasha, setidak-tidaknya kau cuba dan berani. syabas.
aku mulai risau melihat yasha di hadapan, dah la tak pernah menunggang motor, bawa pulak sekejap ke tengah, sekejap ke tepi. ngeri. serius ngeri. yasha di tahan oleh pakcik Uk yang aku kira kategori gatal dalam percubaan pertama menunggang motosikal.dan yang paling mustahak dalam cerita ni, yasha tak ada lesen motor. oh ironi.
" lesen?"
" alaa.. pakcik.. purse ngan lesen sayer ade kat kawan sayer kat belakang la.."
" kawan belakang mana?" ( merujuk kepada ilham dan rafi yang lambat sikit coz isi minyak motor )
pakcik Uk senyum geletis.
" ada lesen ka tak dak neh, cakap betoi2"
yasha dengan childish..
" ya Allah pakcik.. aderrrrrrrr.." sambil hentak hentak kan kaki.
setelah melihat yasha dalam keadaan genting, aku perlu bertindak.
" pakcik, betul pakcik, lesen die ade kat kwn die kt blkg"
masa aku sebut kawan dia kat belakang, rafi dan ilham pun masuk gate utama, melihat kami di tahan, sambil tersenyum dan siap " piiiiiiiiiiiiinnn". si'ot. sekali lagi. oh ironi.
" ha, tu la kawan kitorang pakcik."
" dah tu, awat dia tak beghenti??"
aku?
" a'ah la pakcik, diorang lupe tue.. boleh plak hon je, sha, kau nak aku gi amik kan lesen ke?"
aku tahu yasha semakin cemas, muka dah pucat, mata dah nak berair.
aku? harus cool.
" ala pakcik.. betul la.. die hari2 nek motor nie g kelas, saye tau la pakcik.."
" sayerr tak pandaii ckp luar." pakcik itu membuat muka yang aku rasa nak rebus kepala dia.
"ha, takpa, kami gheti, betoi pakcik, dia ari2 nek moto ni p kelaih.. awat la pakcik tak moh caya ngat tak tau..."
"hahaha." dia ketawa. aku confuse nih.
" hang orang mana.?"
" orang tepen."
" hooo, orang tepen, hang habaq kat kawan hang, lenkali nek motor usung la lesen tue, yang dok bagi kwn pegang tu pesaipa.."
" ha takpa, dia kalut apa taktau tadi, lupa kot.."
" ha, hang ingat, len kali saya nampak, saya tak cam len dah, saya cam tang gigi hang ja.." kata pakcik kepada yasha.
aku?
kali ni aku memang tak boleh tahan.
maafkan aku yasha kerana ketawa berlebihan.
yasha.?
" kin, aku nak tdo kat library, esok pagi kau amik aku eh?"
;). penakut.
aku nak minta tolong, kepada fifie dan yasha, dan kawan-kawan lain, tolong lah aku, mana mungkin aku mampu bertahan, aku perlukan pertolongan, tolong lah. tolong. tolong ambil lesen ok?
semasa pulang, kami lihat pakcik tersebut sibuk menahan sebuah kereta yang di pandu oleh sekumpulan gadis indonesians ( students ) yang seksi.
kamu faham maksud aku bukan? jangan tanya kenapa lelaki tidak di tahan.
oh.
taiping with love. credit for me. loghat utara aku selamatkan kau yasha.
di cerpen kan oleh .LITTLE MISS ASYIKIN. pade 11/15/2008 11:44:00 AM 1 kuman sedang merebak
si budak hitam
Thursday, November 13, 2008
hee. aku sayang adik aku. dia budak bijak. kelakar, dan sampai sekarang aku masih cium dan peluk dia. aku lupa dia dah besar.
" kak ikin.. afiq rimas la.. afiq dah sunat la."
mak aku penah siku aku coz aku rakus semacam. aku bukan luar tabii. aku terlebih kasih sayang.
huh?
dia mungkin kurang performed well dalam pelajaran. dia bijak. tapi dia malas. banyak faktor kenapa, antaranya ialah, adik-adik perempuan aku pun sibuk dengan study, sampai tak ada masa nak tengok dia belajar. yeke?
dia suka bersukan.
dia pemain takraw negeri Perak 2 tahun berturut-turut.
dia killer terbaik negeri.
dia wakil Perak peringkat kebangsaan.
dia sangat suka bersukan.
dia suka pergi cc, layan youtube.
dia suka shuffle, masuk pertandingan lagi tu. gilaa. aku harap dia tak membesar untuk jadi foyo.
oleh sebab itu, kadang-kadang dia tak ada masa untuk belajar. ayah aku bising, tapi ayah aku tahu dia bukan budak yang tak bijak. tapi dia malas. dia mulut banyak macam aku, dia pandai baca message walaupun aku guna bahasa paling short yang mungkin, lepas tu report kat mak aku. cisdel.
aku tahu dia suka bersukan, dia memang nak masuk sekolah sukan, ayah aku tak berapa nak rela bagi dia pergi sekolah sukan, ( sebenarnya, ayah aku takut sunyi dia tak ada nanti ) ayah aku suruh dia masuk sekolah premier dekat rumah aku jer. Sekolah Menengah King Edward, Taiping. tapi dia nak masuk sekolah sukan apa tah nama dia. oleh sebab sekolah yang dia nak pergi tu ramai students excellent dalam takraw. so, dia terkinja.
aku telah di paksa oleh emak, untuk yakinkan ayah aku yang adik aku perlu di beri peluang.
aku tak suka job ni.
aku baru call afiq 5 minit tadi.
" afiq, akak letak gambaq afiq yang pakai tudung kak noni tu. yang afiq pakai cermin mata hitam guess mak tu, kat blog akak "
dengan jujur.
" kak ikin ni.. ee.. ngarut aa.. kak ikin bodoh ahh." ( sambil jerit-jerit kat mak aku kat dapur )
aku gelak syaitan.
dia sedang marah. dah nak masuk peringkat krisis identiti ni. dah mula nak rasa malu. eww!
afiq, akak sayang hang!
tahniah atas usaha anda dan selamat maju jaya. ( wow!! )
di cerpen kan oleh .LITTLE MISS ASYIKIN. pade 11/13/2008 10:22:00 PM 3 kuman sedang merebak
kita hanya merancang
aku rasa kak cik aku sekarang ni mesti tak sabar-sabar nak cepat-cepat langsungkan majlis perkahwinan dia 15hb nanti. aku rasa dia juga sekarang ni sedang buat mak dengan ayah aku pening kepala fikir pasal majlis dia tu. aku juga tahu dia sekarang ni mesti menggeletis semacam. okey, ini bab kuning. jangan fikir.
nak kahwin senang kat mulut, tapi susah kat hati. itu mak cakap. aku tanya kakak aku apa perasaan dia. dia cakap dia tak ada perasaan. dia memang, dia memang tak ada perasaan sebab dia lah anak yang tidak berperasaan. dia putus tunang dua kali, relaks jer, kali ni dia terus kahwin. nak tunang lagi, jangan harap kau. abang ipar aku umur dia sekarang 25 tahun. kakak aku sekarang 29 tahun. aku 22 tahun. so, kau orang rasa la kan, kakak aku masa dia umur 22 tahun, dia pernah fikir nak kahwin macam aku tak? ;)
did i mentioned.? ;)
aku rasa ada baik jugak kalau kita, maksud aku, aku dan kau orang fikir tentang sesuatu yang kau orang rasa tak perlu di fikirkan sekarang. sebab bila kita fikirkan tentang itu, kita ada satu perancangan. tapi kadang-kadang, kita kena berhati-hati, kadangkala apa yang kita rancang tak akan sama seperti apa yang kita harapkan. aku selalu cakap aku nak kahwin sebelum umur aku 25 tahun. sekarang umur aku 22 tahun. duhh. maknanya ada 3 tahun lagi. huh? aku rancang je beb, jangan selabah, relaks. tapi bila aku dah sampai stage ni, aku rasa..
1. aku tak ada lelaki itu.
2. aku nak sambung study. master, phd. pahad ke liang lahad.
3. aku tak peduli..
jadi perancangan is still perancangan. kita merancang, tuhan tentukan. aku juga selalu rasa senang bila apa yang aku rancangkan sering dapat galakan dan sokongan. contoh : bila terkenangkan kenangan dengan arwah tok cik aku dulu..
" tokcik, kami kalau nak kawen kan, kami nak kawen dengan laki yg dok jauh jauh."
" haa.. cer nengok pusat ang, masuk ke dalam ke keluor?"
" dalam tokcik.."
" ha, orang jauh la tue"
aku suka, aku happy.
aku rindu dia. al-fatihah.
still, aku merancang.
remaja dan clique berborak.( 2005 )
si teman baik : "eh syikin, aku kalau tadak umoq 29 tahun jgn harap aku nak kawen"
si lawan cakap : " haa. aku tamau.. aku nak kawen awai.."
si teman baik, ketika berumur 19 tahun, sudah berkahwin. anak dia dah panggil aku makcik. weh, weh, aku cute lagi.
jangan cakap, kerana kau hanya merancang.
kakak aku yang nombor dua, merancang untuk tidak akan berkahwin atau berkawan dengan lelaki yang lebih muda.kalau aku tak salah dan aku tak lupa, masa dia study dekat matrikulasi dulu, ada seorang lelaki yang sangat suka kan dia. aku masih ingat lagi masa itu, aku tanya.
" angah, kenapa angah tamau kat abang tu? abang tu handsome la.."
" ee.. tanak la, muda setahun.."
nah. sekarang kak ngah aku sedang bercinta dengan lelaki sebaya aku. bayang kan. aku means dia = 22. kak ngah = 30. kau orang rasa apa aku nak panggil dia, abang ngah? bulu aku tegak.
sekali lagi, kau hanya merancang.
aku tak tahu apa ayat yang paling sesuai untuk segelintir orang yang cakap serupa esok apa yang terpacul kat mulut dia orang tu, akan betul betul terjadi. so, tak salah merancang, perancangan sangat bagus, tapi kita kena selalu beringat, Allah Maha Berkuasa.
malam ni, saat ini, aku ada cita-cita, aku bercita-cita untuk memiliki seseorang untuk aku paste kat hati ni ha. kau orang ada calon? aku merancang untuk bersabar. perancangan aku sehingga kini ada unsur-unsur yang boleh jahanamkan perkembangan kognitif dan sosial emosi aku. tapi aku berlagak cool. aku sakit hati bila fikir,setiap apa yang aku rancang, seolah-olah tiada lagi pemberat yang boleh seimbangkan keadaan.
sekali lagi, aku hanya merancang, eh untuk awak juga, awak hanya merancang. amik kau sebijik.
ALLAH sayangkan kita.
rancangan apa best kat TV sekarang ha?
ngantok,
love
di cerpen kan oleh .LITTLE MISS ASYIKIN. pade 11/13/2008 12:19:00 AM 0 kuman sedang merebak
